Saturday, December 3, 2016



9 PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN JERAGAT


Tidak dinafikan, jeragat ialah antara masalah kulit yang paling sukar untuk diatasi, walaupun oleh pengamal rawatan kulit profesional

Kerana ini jeragat seringkali mengecewakan mereka yang menghidapnya kerana ia begitu sukar untuk di buang apabila ia mula menyerang.

Jeragat dan wanita seumpama satu gandingan yang sukar dipisahkan. Biasanya jeragat kerap muncul pada wajah-wajah wanita yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun.

Orang dulu-dulu pula... 


Mereka ini jarang ada jeragat.
kulit sentiasa cantik dan mulus
wajah berseri-seri tersenyum cantik menawan 

Apa rahsia mereka sebenarnya?

Disini admin share 9 petua yang sentiasa diamalkan oleh orang dulu dulu sehinggakan jeragat tak berani singgah di wajah mereka.


1. Kulit Manggis




Kulit manggis kaya dengan bahan aktif alpha mangostin yang mempunyai 200% lebih keberkesanan menyingkirkan jeragat. Lakukan secara konsisten dan anda akan dapati jeragat semakin menghilang. Kulit juga semakin tegang dan berseri. Kedut- kedut juga tiada lagi kelihatan.

caranya mudah sahaja

ambil 2 biji manggis dan keluarkan isinya serta bersihkan sisa di kulit. Potong kecil2 kulit manggis tadi, tambah setengah cawan air dan masukkan dalam blender. Biarkan selama 3 jam supaya ia mendak. Buang air di bahagian atas dan ambil bahagian yang mendak. Ekstrak kulit manggis tadi digunakan sebagai masker wajah. Pakai sebelum tidur dan bersihkan bila bangun dari tidur keesokan paginya.
2. Jus lemon

Ia amat berkesan untuk mengurangkan masalah jeragat dan membantu membuang lebihan minyak pd kulit wajah. Selain itu, ia membantu pengelupasan kulit sekaligus menyingkirkan jeragat dan pertumbuhan semula sel kulit.
Cara penggunaan:
Rendam kapas pada jus lemon
Tekapkan pada muka anda selama 15-20 minit.
Kemudian, basuh muka anda dengan air yang sejuk.

3. Hampas kelapa


Jangan kata blh guna utk masakan shj, utk rawatan muka pun boleh tau. Selepas perah santan dari kelapa, jangan buang hampas. Hampas kelapa juga membantu menyingkirkan jeragat.
Caranya sangat mudah:
Ambil hampas kelapa tersebut dan gosokkan pada wajah anda.
Biarkan selama sekurang-kurangnya 15 minit dan basuh muka.

4. Buah Avokado

Enzim yg terdapat pada buah avokado sangat bagus untuk mengurangkan pigmentasi. Namun, ada juga sesetengah yg alah getah dari kulit buah. Jika tiada gatal, bolehlah teruskan.
Cara penggunaan:
Sapukan getah buah avokado secara nipis pada keseluruhan wajah.
Biarkan seketika sebelum membilas wajah sehingga bersih.

5. Bawang Merah



Salah satu cara membantu menghilangkan pigmentasi, bintik2 hitam, jeragat.
Cara penggunaan:
Potong kepingan bawang
Sapukan terus pada kawasan yang terjejas.
Biarkan pada kulit anda selama 10 minit dan basuh sehingga bersih.
 6. Air mawar

Sesuai untuk mengekalkan kelembapan wajah sekaligus mengelakkan jeragat menjadi lebih teruk.
Cara penggunaan:
Guna selepas mandi atau mencuci muka
Sapukan pada wajah dan bilas.

7. Cuka epal cider

Ia berfungsi seperti astringen yg berupaya mengeluarkan minyak berlebihan dan ciri-ciri antiseptik dan antibakteria membantu melawan jerawat dan jeragat.
Cara penggunaan:
Campurkan 1 sudu cuka epal cider dlm 1 cawam air.
Tuangkan campuran tersebut pada kapas dan tekap pada wajah
Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Atau;
Campurkan 1 bahagian cuka epal cider dengan 3 bahagian tepung jagung.
Letakkan pada muka anda dan biarkan selama 15-20 minit sebelum menggosok muka semula.
Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam.
Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.

8. Kentang mentah

Kentang mentah juga mampu merawat pigmentasi dan bintik-bintik hitam.
Cara penggunaan:
Potong kentang dan gosokkan permukaan kentang pada kawasan berjeragat di wajah anda selama 10 minit.
Ulangi 2-3 kali dan kemudian basuh wajah anda.

9. Daun sirih

Daun sirih juga berupaya menghilangkan jeragat pada kulit wajah sekiranya dilakukan secara konsisten.
Caranya amat mudah:
Anda hanya perlu sediakan beberapa helai daun sirih muda dan biarkan dalam peti sejuk semalaman.
Kemudian, setiap pagi, ambil sehelai daun sirih dan gosokkan sekitar kawasan muka yang terkena jeragat.
Amalkan secara berdisiplin.


Semoga berjaya :)

No comments:

Post a Comment