Saturday, December 3, 2016



9 PETUA TRADISIONAL MENGHILANGKAN JERAGAT


Tidak dinafikan, jeragat ialah antara masalah kulit yang paling sukar untuk diatasi, walaupun oleh pengamal rawatan kulit profesional

Kerana ini jeragat seringkali mengecewakan mereka yang menghidapnya kerana ia begitu sukar untuk di buang apabila ia mula menyerang.

Jeragat dan wanita seumpama satu gandingan yang sukar dipisahkan. Biasanya jeragat kerap muncul pada wajah-wajah wanita yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 60 tahun.

Orang dulu-dulu pula... 


Mereka ini jarang ada jeragat.
kulit sentiasa cantik dan mulus
wajah berseri-seri tersenyum cantik menawan 

Apa rahsia mereka sebenarnya?

Disini admin share 9 petua yang sentiasa diamalkan oleh orang dulu dulu sehinggakan jeragat tak berani singgah di wajah mereka.


1. Kulit Manggis




Kulit manggis kaya dengan bahan aktif alpha mangostin yang mempunyai 200% lebih keberkesanan menyingkirkan jeragat. Lakukan secara konsisten dan anda akan dapati jeragat semakin menghilang. Kulit juga semakin tegang dan berseri. Kedut- kedut juga tiada lagi kelihatan.

caranya mudah sahaja

ambil 2 biji manggis dan keluarkan isinya serta bersihkan sisa di kulit. Potong kecil2 kulit manggis tadi, tambah setengah cawan air dan masukkan dalam blender. Biarkan selama 3 jam supaya ia mendak. Buang air di bahagian atas dan ambil bahagian yang mendak. Ekstrak kulit manggis tadi digunakan sebagai masker wajah. Pakai sebelum tidur dan bersihkan bila bangun dari tidur keesokan paginya.
2. Jus lemon

Ia amat berkesan untuk mengurangkan masalah jeragat dan membantu membuang lebihan minyak pd kulit wajah. Selain itu, ia membantu pengelupasan kulit sekaligus menyingkirkan jeragat dan pertumbuhan semula sel kulit.
Cara penggunaan:
Rendam kapas pada jus lemon
Tekapkan pada muka anda selama 15-20 minit.
Kemudian, basuh muka anda dengan air yang sejuk.

3. Hampas kelapa


Jangan kata blh guna utk masakan shj, utk rawatan muka pun boleh tau. Selepas perah santan dari kelapa, jangan buang hampas. Hampas kelapa juga membantu menyingkirkan jeragat.
Caranya sangat mudah:
Ambil hampas kelapa tersebut dan gosokkan pada wajah anda.
Biarkan selama sekurang-kurangnya 15 minit dan basuh muka.

4. Buah Avokado

Enzim yg terdapat pada buah avokado sangat bagus untuk mengurangkan pigmentasi. Namun, ada juga sesetengah yg alah getah dari kulit buah. Jika tiada gatal, bolehlah teruskan.
Cara penggunaan:
Sapukan getah buah avokado secara nipis pada keseluruhan wajah.
Biarkan seketika sebelum membilas wajah sehingga bersih.

5. Bawang Merah



Salah satu cara membantu menghilangkan pigmentasi, bintik2 hitam, jeragat.
Cara penggunaan:
Potong kepingan bawang
Sapukan terus pada kawasan yang terjejas.
Biarkan pada kulit anda selama 10 minit dan basuh sehingga bersih.
 6. Air mawar

Sesuai untuk mengekalkan kelembapan wajah sekaligus mengelakkan jeragat menjadi lebih teruk.
Cara penggunaan:
Guna selepas mandi atau mencuci muka
Sapukan pada wajah dan bilas.

7. Cuka epal cider

Ia berfungsi seperti astringen yg berupaya mengeluarkan minyak berlebihan dan ciri-ciri antiseptik dan antibakteria membantu melawan jerawat dan jeragat.
Cara penggunaan:
Campurkan 1 sudu cuka epal cider dlm 1 cawam air.
Tuangkan campuran tersebut pada kapas dan tekap pada wajah
Biarkan selama kira-kira 10 minit sebelum membilasnya dengan air suam.
Atau;
Campurkan 1 bahagian cuka epal cider dengan 3 bahagian tepung jagung.
Letakkan pada muka anda dan biarkan selama 15-20 minit sebelum menggosok muka semula.
Bersihkan muka dengan tuala kecil yang direndam dalam air suam.
Selepas itu, bilas dengan air sejuk untuk menutup liang.

8. Kentang mentah

Kentang mentah juga mampu merawat pigmentasi dan bintik-bintik hitam.
Cara penggunaan:
Potong kentang dan gosokkan permukaan kentang pada kawasan berjeragat di wajah anda selama 10 minit.
Ulangi 2-3 kali dan kemudian basuh wajah anda.

9. Daun sirih

Daun sirih juga berupaya menghilangkan jeragat pada kulit wajah sekiranya dilakukan secara konsisten.
Caranya amat mudah:
Anda hanya perlu sediakan beberapa helai daun sirih muda dan biarkan dalam peti sejuk semalaman.
Kemudian, setiap pagi, ambil sehelai daun sirih dan gosokkan sekitar kawasan muka yang terkena jeragat.
Amalkan secara berdisiplin.


Semoga berjaya :)

Sunday, November 27, 2016



AKHIRNYA.. KAEDAH MENGATASI JERAGAT YANG 200% LEBIH BERKESAN

Sebenarnya ada 50 juta wanita seluruh dunia yang mempunyai jeragat

Bertahun-tahun masa dihabiskan
Berpuluh ribu ringgit dibelanjakan

tapi tiada kesan yang nyata

si penghidapnya kecewa
si pengubat pening kepala

Tapi Alhamdulillah kini saintis sudah menjumpai satu bahan aktif yang terbukti secara klinikal mampu mengeluarkan sel sel jeragat 200% lebih efektif.



SIAPA SANGKA RUPANYA MANGGIS MEMPUNYAI SATU UNSUR YANG PALING KUAT DI DUNIA UNTUK MEMERANGI JERAGAT


Buah manggis atau dalam bahasa saintifiknya 'Garcinia mangostana' sememangnya memang tinggi dengan kandungan anti-oksidanya.
Ia juga amat berkesan untuk merawat masalah jeragat yang dialami khususnya untuk wanita asia yang berumur 35 tahun ke atas.
Menurut kajian yang dijalankan oleh saintis daripada Universiti Teknologi Malaysia, Dr Mariani:
"Manggis mempunyai satu bahan yang dinamakan Alpha-Mangosteen. Ianya sangat efektif untuk merawat masalah jeragat di samping mencerahkan lagi kulit muka..."

BAGAIMANA JERAGAT TERBENTUK?


Untuk melindungi badan kita dari sinaran matahari yang mengandungi sinaran UV yang berbahaya, kulit kita menghasilkan satu unsur yang dipanggil “Melanin”

Melanin ini sebenarnya adalah unsur semulajadi yang kulit kita hasilkan untuk mengelakkan kita dari terkena kanser

Walaubagaimanapun, melanin ini jugalah yang menyebabkan terbentuknya jeragat – iaitu tompok tompok hitam yang selalu timbul di wajah.

Sebenarnya ia boleh timbul di mana-mana bahagian kulit, tetapi disebabkan wajah kita adalah yang paling kerap terdedah kepada matahari, maka disitulah jeragat kerap terbentuk


WANITA DAN JERAGAT

Wanita wanita yang mengalami masalah jeragat sebenarnya tidak mempunyai satu kaedah khusus untuk melindungi diri mereka dari jeragat.

Ini kerana jeragat lahir dari penghasilan sel melanin oleh kulit. Dan melanin adalah sebenarnya mekanisme badan untuk melindungi kulit dari serangan sel kanser.

Buat masa ini, kaedah yang di guna pakai untuk mengekang penghasilan melanin ialah dengan menggunakan sebatian kimia seperti Kojic Acid, Hydroquinon dan juga Alpha Arbutin. Bahan-bahan kimia ini bertindak mengekang penghasilan melanin dan dengang itu mencegah pertumbuhan jeragat

Bagi tujuan perbincangan ini, kita tidak akan masuk lebih jauh tentang penggunaan bahan kimia terlarang tersebut dan kesannya kepada si pemakai.

Cukuplah sekadar kita faham bahawa jika kita tersilap memakainya tanpa pengawasan professional, kos rawatan boleh mencecah puluhan ribu ringgit dan memakan masa 3-5 tahun sebelum kulit kembali sihat seperti sediakala


MANGGIS DI BAWA KE KOREA?


Dr Mariani telah melanjutkan pelajarannya ke Unversiti of Dangguk di Korea dalam bahagian kosmeceutikal dan beliau telah mendapat biasiswa penuh dari 2 buah universiti iaitu UTM dan juga Universi of Dangguk, Korea.

Disana, beliau telah diselia oleh Professor Park Chang Seo – seorang pakar kosmetik korea yang telah mempelopori kehebatan kosmetik korea.

Dibawah seliaan Professor Park, Dr Mariani telah menghabiskan masa selama 5 tahun dan beribu ribu jam kajian makmal untuk mencari satu unsur dalam kulit manggis yang akan dapat mengembalikan kecantikan wanita.

Beliau menjumpai 11 unsur aktif dalam kulit manggis – semuanya unsur yang sangat hebat dengan pelbagai manfaat kesihatan dan kecantikan kepada manusia.


 RAHSIA MANGGIS TERBONGKAR


Tetapi terdapat satu unsur yang tidak pernah dijumpai oleh manusia lagi sebelum ini. Berbekalkan teknologi terkini dalam bidang kosmeseutikal korea, Dr Mariani dan Professor Park telah menjumpai unsur yang dikenali sebagai “Alpha Mangostin”

Unsur ini didapati telah berupaya menyingkir jeragat dari lapisan kulit atas dan juga lapisan kulit pertengahan dengan cepat dan selamat. Malahnan lebih cepat lagi daripada rawatan laser yang menelan beribu ringgit setiap kali rawatan.

Bukan setakat jeragat sahaja yang disingkirkan, malahan kulit juga menjadi putih secara semulajadi.

Apa yang mengujakan ialah, putih yang terhasil bukanlah sekadar putih yang cerah... tetapi putih yang berseri dan kemerahan.

Tidak hairanlah jika orang dulu dulu tidak pernah membuang kulit manggis. Mereka memakan isi manggis yang manis dan menyimpan kulitnya untuk dijadikan bedak untuk ditampal di muka.




ALPHA MANGOSTIN - KEAJAIBAN ALAM ANUGERAH UNTUK WANITA





Alpha-mangostin ialah salah satu dari 11 bahan aktif yang wujud didalam kulit manggis. Kehebatanya ialah, walaupun ia merupakan satu bahan aktif semulajadi yang selamat dan tidak mempunyai kesan sampingan, ia mempunyai kadar keberkesanan (efficacy) yang sangat tinggi.

Malahan kajian makmal menunjukkan bahawa ia adalah 200% lebih efektif dari bahan kimia Alpha Arbutin dan Hidroquinon yang boleh membawa kepada kerosakan kulit secara kekal






Graf di atas pula menunjukkan kesan Alpha Mangostin terhadap melambatkan proses penuaan. Punca utama kepada proses penuaan sebelum masa ialah stress dan ia menyebabkan kematian sel sel retinal.

Stress sering dikaitkan dengan AMD ( age-related macular degeneration)  dan oksidasi memainkan peranan penting dalam menjadikan fenomena ini lebih kritikal

Alpha mangostin yang wujud didalam kulit manggis mengatasi masalah kematian sel sel retinal sebelum masanya dan ia juga menyumbang kepada penghasilan sel sel baru.

Hasilnya, kulit yang kusam akan kembali bercahaya, kedutan kedutan halus akan mula hilang, kulit akan menegang dan parut parut mula tertutup secara semulajadi hasil dari pemulihan kesihatan kulit dari dalam.


JOM CANTIK DENGAN MANGGIS


Dibawah ini kami kongsikan kepada anda cara cara untuk memanfaatkan kulit manggis untuk kecantikan dan juga untuk kesihatan anda. Semoga kita dapat kembali sihat dengan kaedah dan cara yang betul dan selamat.

MANFAAT BUAH MANGGIS UNTUK 
KECANTIKAN WAJAH DAN KULIT

Berikut ialah manfaat khasiat buah manggis untuk menjaga kecantikan wajah anda
  1. menyingkirkan jeragat
  2. Mencerahkan kulit yang kusam
  3. Mencegah jerawat
  4. Menegangkan kulit wajah
  5. Memutihkan kulit yang gelap
  6. Menghilangkan tanda tanda penuaan dan mengekalkan awet muda- menyingkirkan kedutan halus
  7. Menghaluskan kulit wajah yang kasar



Penyediaan Kulit Manggis untuk penjagan kecantikan


  1. Ambil buah manggis dan keluarkan isinya.
  2. Bersihkan sisa kulitnya dan kemudian potong dalam saiz yang kecil
  3. Masukkan kulit manggis yang telah dipotong kecil tadi kedalam blender dan tambah air sebanyak setengah gelas
  4. Setelah lumat dan rata, tapis dan minum
  5. Sebaiknya minum pada malam hari sebelum tidur
  6. Lakukan sehari sekali


Kulit manggis sebagai “facial mask”


  1. Ambil 2 biji manggis
  2. Keluarkan isinya dan bersihkan sisa sisa dikulitnya
  3. Potong kecil kecil kulit manggis tadi dan masukkan kedalam blender
  4. Tambah setengah cawan air
  5. Biarkan selama 3 jam
  6. Buang air yang berada di bahagian atas dan ambil bahagian yang mendak
  7. Ekstrak kulit manggis yang mendak itu gunakan sebagai masker wajah.
  8. Pakai sebelum tidur dan bersihkan bila bangun dari tidur keesokan paginya



Selamat mencuba :)